Rabu, 5 Disember 2012

Already 2 years 2 month and 10 days



Tak terkata macam mana bahagia rasanya! :’)  Macam macam kami lalui selama 2 tahun 2 bulan 10 hari ni, susah senang, bergaduh jangan katalahkan, tapi at the end both of us knows that we fight cause we love each other too much, no matter how hard it gets at the end it will get better, if it’s not, then it’s not the end... hope we can care our relationship hingga akhir hayat kita... love u sayang...






only u bie... 

Jumaat, 7 September 2012

10 Resepi Di Dalam Hubungan Percintaan

 


Selalunya kalau ada resepi-resepi ini adalah untuk masakkan... tapi kali ini resepi untuk hubungan percintaan pula.. apa yang kurang boleh tambah gula dalam hubungan tapi jangan tambah gula dalam minum pula yee... bahaya... heeee .... jom kita tengok apa ramuan dia okey... ^___^
  • Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan Untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan Dalam Komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”
jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.-





Isnin, 20 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA... heeee

Setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan.. sekarang menyambut hari raya Aidilfitri plak.. huhuhu... selama puasa dapat laa turun berat sebanyak 4kg dari ............ hahahaha.. tapi naik balik sebab makan lemang la, ketupat, paling penting tak pernah lupa ialah nasi dagang... tiap2 tahun mesti ada nasi dagang di pagi hari raya pertama... sampai da overload laa perut nie makan jer.. heeee.. best berkumpul dengan sedara.. minta maaf sesama keluarga, sedara2.. tapi tak lupa kutip duit raya.. hahaha.. walaupun umur da sekian, dapat gak duit raya.. best2 macam nie..


ini laa yusof's generation.. nie baru separuh.. masa tu belum ramai yang datang lagi.. maklum laa raya rumah sendiri2 dulu baru balik kampung...



sedara2 saya yang comey2...






siap sedia...... mahu lompat nie... mencapai bintang.. hahaha bintang ke bendanyer siang hari mana datangnye bintang... aper daa... ^__^


sesi mengumpul duit raya... kaya akak.. hahaha...




banyak2... nie angpau ada duit maaaa.... tak main laa angpau kosong... huuuuu
kaya2.... boleh laa buat belanja,, dapat la gak beli 3-4 helai baju... hohohoho...

okey laa.. nanti free update lagi yee pasal raya2 nie...

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.. MAAF ZAHIR & BATIN...  ^___^

Selasa, 31 Julai 2012

Tutorial :>Bagaimana Memasang Iklan Nuffnang Di Bawah Tajuk Post

Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada korang untuk membuat analisis mengenai blog korang.
Earnings
Korang boleh melihat jumlah earnings korang kat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga korang boleh nak cashout earnings korang.
Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk korang dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard





  2. Skyscraper





  3. Large Rectangle





Blog Manager
Korang boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga korang update blog survey.[rujuk diatas]
Blogger Bio
Update biodata korang[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save
Rasanya itu sahaja yang korang perlu tahu pasal Nuffnang ini.Agak-gak dah lengkap ke info yang saya berikan kat atas tu?Kalau tak lengkap korang tolonglah tambah ye.Nanti saya letakkan dalam post ini supaya blogger-blogger baru boleh belajar dari A to Z tentang Nuffnang.
ATAU.........
boleh tengok Video ni... rasa2 video nie lebih mudah kot... anda boleh try kedua-duanya sekali.. ^__^

SELAMAT MENCUBA...

Isnin, 9 Julai 2012

kini kembali....

ASSALAMMUALAIKU.... hey... tajuk harinie 'kini kembali' heee sekian lama tak update blog kan... uhhh nak cite aper yee... macam2 nak cite nie.. tapi ingat2 lupa laaa..biase laa orang buzy kan.. macam nie laa.. . heeee... 5.2.2012 haritu saya dapt baby boy.. nama dier muhammad rafiq daniel... comey sgt2... huuu tapi picture tak ader nak upload.. ada dalam phone.. tapi malas nak transfer.. heeee... pastu11.5.2012 genap 21tahun umur saya.. tambah 1 angka... TIDAKKKK... da boleh mendaftar daa nie... tapi nanti2 laa pegi mengundi tuu... dalam bulan yang sama 23.5.2012 dapat lagi baby gurl.. nama nurul iman dinie... dalam 2012 nie dapat 2orang anak buah baru aww... comey sangat2.... paling tak sangka hubungan saya dgn my gemok (mohammad azri) hampir genap 2tahun.. sekarang 1 tahun 9 bulan 14 hari... lagi 2 bulan lebih lagi nak 2 tahun.... Alhamdullilah.. restu orang tua... kesabaran , jujur tu penting dalam hubungan... ^___^..... mudah-mudahan hubungan nie akhir dgn ikatan yang sah.. InsyaALLAH.. okey laa cukup laa tuu... banyak lupa laa... nanti ingat balik,, saya update lagi k.... ASSALAMMULAIKUM... ^__-

Isnin, 19 Mac 2012

BAGAIMANA MENYAYANGI SESEORANG HINGGA HUJUNG USIA???

 


 
1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke masa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.
4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya